Khamis, 3 November 2011 - Jamuan Pengawas bagi tahun 2011 telah diadakan di dewan bangunan baru sekolah.Majlis bermula pada pukul 3.00 petang dengan dihadiri oleh semua guru pengawas, guru disiplin, GKMP, GPK HEM dan semua pengawas sekolah. Agenda majlis dipengerusikan oleh Cik Izzaty Anuar, Ketua Pengawas dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Rashidy Omar, ucapan daripada GPK HEM Ustazah Wan Habibah Wan Ibrahim, Ucapan Ketua Unit Displin Sekolah dan jamuan makan. Semua guru berharap agar pengawas sekolah dapat meneruskan khidmat cemerlang dan sahsiah unggul walau di mana mereka berada. Ucapan selamat maju jaya ditujukan khas untuk semua pengawas sekolah tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.